Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Datuk Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, juga dikenali sebagai Cikgu Wan Rahim, merupakan Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan (ketika bersama PAS), kini AMANAH.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh dengan majoriti sebanyak 11,288 undi. Beliau memperolehi 32,129 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 20,841 undi.[1]Sebelum ini, beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (1995-2008)[2]Pada 6 Ogos 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok.[3]

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Lahir (1952-02-24) 24 Februari 1952 (umur 67)
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Datuk Zaid Ibrahim (BN)
Pasangan Datin Khadijah Abd Majid
Hassena Osman @ Sowan Rodi
Digantikan oleh Dato' Takiyuddin Hassan
Parti politik PH-AMANAH (kini)
PAS (sehingga 2015)
Majoriti 11,288